
Ingin tahu cara buat duit dengan pemasaran affiliate? Dalam post kali ni, saya ingin kongsikan three cara untuk meminimakan kerja mengkaji niche, jadi anda boleh fokuskan usaha anda ke arah mempromosikan dan memasarkan produk affiliate.
Saya akan beri contoh bagi produk Clickbank. Ok, anda boleh pilih mana-mana kategori yang anda minati. Anda akan lihat sepuluh produk yang paling popular dalam kategori berkenaan. Anda boleh saja lihat di halaman kedua sekiranya anda tidak menjumpai apa-apa yang menarik di halaman pertama.
Jangan terlalu bimbang dengan produk yang terlalu popular sekiranya anda rasa ianya akan membanjiri pasaran. Pemasaran affiliate memerlukan anda tahu memilih pelanggan yang berpotensi mungkin anda mempunyai kelebihan didalam sesuatu pasaran dimana orang lain tidak.
Satu lagi tempat untuk "baca" sesuatu pasaran adalah dengan anda pergi ke forum-forum yang berkaitan denganniche tersebut, contohnya forum golf dan lihat apa kata ahli-ahli disana.

Soalan yang sering dihadapi
Apakah soalan-soalan dan masalah yang sering mereka hadapi. Anda harus menjadi ahli yang membantu di forum tersebut dan lihat sekiranya ada sesuatu produk yang boleh menyelesaikan masalah-masalah mereka itu. Anda boleh memasuki niche tersebut sekiranya ianya mempunyai masalah seperti yang diterangkan dan juga anda mempunyai produk yang boleh ditawarkan kepada mereka.
Satu lagi cara untuk memilih niche adalah dengan pergi ke kedai-kedai buku dan lihat majalah-majalah yang popular disana. Jika ada yang membelanjakan wang untuk pengiklanan, ini bererti ada potensi bagi sesuatu niche itu di pasaran untuk anda mempromosikan produk sebagai affiliate.
Ini antara cara-cara yang mudah untuk anda fahami apa yang berada di fikiran mereka yang berada di pasaran tersebut. Adakah anda minat untuk melihat apa yang berada didalam kepala prospek-prospek dan tahu apa yang mereka inginkan, perlukan dan impikan? Jika ya, pemasaran affiliate adalah sesuatu yang sesuai untuk anda untuk menjana pendapatan dari rumah!

